Monday, 16 April 2012
Sejarah Asrama
Sejarah Pembukaan Asrama Asrama Puteri SMKA(P) AlMashoor pada asalnya
terletak di Jalan Lunas iaitu blok yang bersambung dengan sekolah sejak
tahun 1979. Pada tahun 1987 bilangan pelajar bertambah dan sebahagian
pelajar terpaksa ditempatkan di bangunan sekolah Dato Kramat yang telah
diubahsuai menjadi asrama dan dapat menempatkan 110 orang pelajar dan
menyewa bangunan di Jalan Scott dan Jalan Rose. Pada tahun 1994 satu
blok tambahan berhampiran bangunan tersebut telah dibina untuk
menempatkan 56 orang pelajar. Pada tahun 1996 bangunan yang menempatkan
110 orang pelajar telah dirobohkan untuk dibina bangunan baru. Pada
bulan Mei tahun 1999 bangunan baru tersebut telah mula diduduki dan
dapat menempatkan seramai 154 orang pelajar. Semua pelajar asrama di
Jalan Lunas dipindahkan ke blok baru tersebut. Kesimpulannya asrama
Puteri SMKA(P)Almashoor sekarang hanya menpunyai dua blok asrama yang
boleh memuatkan 210 orang pelajar........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment