Monday, 6 August 2012

tAzKiRaH rInGkAs..

 
Hari ni kami nak kongsi tentang :
 
 
''Jangan Berbangga dengan Calvin Klien & Armani Exchange anda kerana….
  Pakaian Terakhir anda adalah Kain Kafan…& perfume anda adalah kapur barus..
 
'' Jangan Berbangga dengan BMW & Caldina GTfour anda kerana….
   Kenderaan terakhir anda adalah Keranda yang akan diusung
 
'' Jangan Berbangga dengan Banglo dan Condo anda kerana….
   Tempat Peristirehat anda yang terakhir adalah Kubur..
 
'' Jangan Berbangga dengan Kehenseman atau Kecantikan anda kerana…..
   Akhirnya Hanya menjadi santapan si Cacing dan Serangga....

Monday, 30 July 2012

(^^)v This Blog Linked From Here This Blog Linked From Here ~..Be My Followers..~ :: 30 Hari Bulan Ramadhan, 30 Fadhilat Bulan Ramadhan ::

 Assalamualaikum......
hari ni kami post tentang fadhilat bulan ramadhan..
bacalah dan hayatilah....

1 Dosanya keluar seperti ia baru di lahirkan ibunya.
2 Dosanya di ampuni, begitu pula dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.
3 Di panggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan: “Mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu”.
4 Di beri pahala yang sama, dan pahala orang-orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.
5 Di beri pahala seperti orang yang melakukan sembahyang di Masjidil Haram di Makkah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin.
6 Di beri pahala seperti pahala malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.
7 Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan Fir’aun dan Haman.
8 Di berikan oleh Allah segala apa yang pernah di berikan kepada Nabi Ibrahim ‘alaihisalam
9 Seperti pahala beribadah kepada Allah yang di lakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W
10 Di kurniakan oleh Allah kebaikan dunia dan akhirat
11 Keluar dari dunia seperti pada hari dilahirkan dari kandungan ibu bersih daripada segala dosa
12 Datang di hari kiamat dengan keadaan mukanya bercahaya dan bersinar bagaikan malam bulan purnama.
13 Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segala kejahatan.
14 Disaksikan oleh para malaikat, kalau dia telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan di bebaskan oleh Allah dari segala mudarat.
15 Di minta ampun oleh para malaikat, oleh malaikat yang memikul Arasy dan Kerusi.
16 Di bebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.
17 Di beri pahala seperti pahala para Nabi.
18 Di seru oleh para malaikat, “Wahai hamba Allah, bahawasanya Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tua kamu”.
19 Di angkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.
20 Di beri pahala para syuhada dan salihin.
21 Di bina rumahnya dari nur di dalam syurga.
22 Kelak di hari kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.
23 Di bangunkan sebuah kota untuknya di syurga
24 Di beri pahala yang berupakan dua puluh empat permohonan di kabulkan.
25 Di hapuskan dari seksaan kubur.
26 Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.
27 Dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, dia akan dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar.
28 Allah mengangkat dengan seribu darjat di syurga.
29 Diberi pahala seribu haji yang mabrur.
30 Di panggil dan di persilakan oleh Allah, wahai hambaku, makanlah buah-buahan syurga dan mandilah dengan air salsabil (air syurga yang sedap di minum) serta minumlah dari telaga kausar. Akulah Tuhanmu dan engkau hambaku...

Monday, 16 July 2012

10 PERKARA LAGHA


السلام عليكم و رحمة الله
Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

Monday, 16 April 2012

Sejarah Asrama

Sejarah Pembukaan Asrama Asrama Puteri SMKA(P) AlMashoor pada asalnya terletak di Jalan Lunas iaitu blok yang bersambung dengan sekolah sejak tahun 1979. Pada tahun 1987 bilangan pelajar bertambah dan sebahagian pelajar terpaksa ditempatkan di bangunan sekolah Dato Kramat yang telah diubahsuai menjadi asrama dan dapat menempatkan 110 orang pelajar dan menyewa bangunan di Jalan Scott dan Jalan Rose. Pada tahun 1994 satu blok tambahan berhampiran bangunan tersebut telah dibina untuk menempatkan 56 orang pelajar. Pada tahun 1996 bangunan yang menempatkan 110 orang pelajar telah dirobohkan untuk dibina bangunan baru. Pada bulan Mei tahun 1999 bangunan baru tersebut telah mula diduduki dan dapat menempatkan seramai 154 orang pelajar. Semua pelajar asrama di Jalan Lunas dipindahkan ke blok baru tersebut. Kesimpulannya asrama Puteri SMKA(P)Almashoor sekarang hanya menpunyai dua blok asrama yang boleh memuatkan 210 orang pelajar........

40 fadhilat solat berjemaah

1. Mendapat darjat yang besar dari ALLAH SWT
2. Dapat memenuhi tuntutan perintah ALLAH SWT
3. Sebagai saksi keimanan terhadap ALLAH SWT
4. Dapat memenuhi tuntutan perintah RASULULLAH SAW
5. Terpelihara dari sifat munafik
6. Diampuni ALLAH SWT dosa yang lalu
7. Amal utama yang disukai ALLAH SWT
8. Mendapat pahala yang besar dari ALLAH SWT
9. Menyamai sembahyang separuh malam atau sepanjang malam
10. Dapat masuk syurga ALLAH SWT
11. Selamat dari azab neraka
12. Amalan pertama dihisab oleh ALLAH SWT di akhirat
13. Selamat dari kekafiran
14. Selamat dari lalai mengingati ALLAH SWT
15. Memperoleh anugerah istimewa dari ALLAH SWT
16. Memperoleh kemenangan dan kejayaan dalam hidup
17. Memperoleh belas kasihan ALLAH SWT
18. Mendapat cahaya dalam kehidupan
19. Dapat menegakkan agama islam
20. Syarat diterima segala amalan
21. Mendapat penghormatan besar dari ALLAH SWT
22. Dapat meneguhkan iman kepada ALLAH SWT
23. Melahirkan rasa takut dan gerun terhadap kebesaran ALLAH SWT
24. Memperoleh kelapangan rezeki dari ALLAH SWT
25. Mendapat naungan ALLAH SWT di hari kiamat
26. Dapat menyucikan hati
27. Dapat membentuk sifat sabar
28. Dapat menguatkan ikatan persaudaraan
29. Dapat mencegah segala kemungkaran
30. Dapat melahirkan sifat tawadhuk terhadap ALLAH SWT
31. Dapat melahirkan sifat dermawan
32. Jalan keluar dari kesusahan hidup
33. Dapat membentuk disiplin yang baik
34. Dapat membentuk ahli keluarga mencintai ibadah
35. Mendapat rahmat ALLAH SWT
36. Selamat dari syirik kepada ALLAH SWT
37. Mendapat selawat dari ALLAH dan para MalaikatNYA
38. Selamat dari gangguan syaitan
39. Dapat memudahkan melintasi titian siratal mustaqim
40. Memperoleh kehidupan yang diredhai ALLAH SWT

Monday, 2 April 2012

Tanda-tanda kiamat kecil sudah pun berlaku


Dalam satu hadis dari Anas r.a, bahawa Rasullullah s.a.w bersabda:
'Bahawasanya setengah dari tanda-tanda hari kiamat ialah; ilmu diangkat; nampaknya kebodohan; perzinaan tersebar luas; khamar (arak-minuman keras) diminum dengan tanpa segan silunya; kaum wanita lebih banyak dari kaum lelaki.' - hadis riwayat Bukhari dan Muslim


Daripada hadis di atas ianya membawa pengertian bahawa di antara tanda-tanda kecil akan datangnya atau terjadinya kiamat adalah kebanyakkannya sudah pun terjadi, juga bersama dengan tanda-tanda lain seperti di bawah ini:
1.  Banyak dan kerapnya berlaku gempa bumi di mana-mana.
2.  Orang kebanyakan (dalam hadis: pengembala kambing) tiba tiba menjadi pemimpin manusia dan bermegah megah dengan kemewahannya.
3.  Ilmu agama sudah tidak dipelajari, tidak lagi difahami dan di anggap tidak penting.
4.  Bila dua kumpulan besar yang saling berbunuhan, masing2 menatakan merekalah penegak agama Islam.
5.  Banyak cerdik pandai agama, alil ulama yang meninggal dunia.
6.  Masa yang terlalu singkat sehinggakan tak sedar yang sesuatu perkara tu telah berlalu.
7.  Manusia suka memfitnah, memburuk burukkan umat Islam yang lain.
8.  Ramainya umat Muhammad yang pandai atau ahli membaca Al-Quran tapi fasik seperti meninggalkan solat yg dianggap mudah dan remeh.
9.  Ayat suci Al-Quran dijual belikan. Maksudnya jika ada upah barulah mahu di baca; atau pun dirakam lalu di jualkan.
10.Orang orang muda tidak mahu mengambil alih/membantu  perkara2 yang dilakukan di masjid.
11.Orang yang rajin membaikpulih atau menjaga masjid tapi solatnya sendiri tak di jaga.
12.Walaupun hujan banyak turun tapi pokok tetap juga tidak subur.
13.Pemimpin terlalu ramai, tapi seorang pun tidak boleh dipercayai.
14.Ramainya anak yang tidak mahu mendengar nasihat ibu bapanya lagi.
15.Pada musim kemarau, turunnya hujan.
16.Orang yang selalu bercakap bohong tapi dianggap benar.
17.Orang yang tiada pertalian saudara menjadi akrab, sanak saudara sendiri menjadi musuh.
18.Setiap Kampung, desa, pekan, bandar dan negara di pimpin oleh orang2 yang munafik.
19.Dalam ruangan sembahyang dihias secantik-cantiknya.
20.Dalam hati kita tidak lagi mengingati Allah.
21.Ramainya wanita yang menjadi ketua keluarga.
22.Ramai yang menuntut ilmu dengan harapan mendapat pangkat dan kedudukan yang tinggi.
23.Banyaknya suami yang menuruti kehendak isterinya; anak biadap dgn ibunya; baik sangat dgn kawannya dan membenci ayahnya.
24.Banyak pergaduhan yang berlaku di sekitar dan dalam masjid.
25.Al-Quran sekadar menjadi hiburan.
26.Banyaknya kematian dan penceraian berlaku.
27.Banyak terjadinya rasuah kerana hukum hakam dijual beli.
28.Bangunan tinggi yang kukuh rebah menyembah bumi.

Tanda-tanda hari kiamat



Hadis yang dikumpulkan oleh Syeikh Othman Jalaluddin di dalam kitabnya Ad Darratun Naafi'aah Fil Asy Raat As Saa'aah dan dikumpulkan oleh  Al  'Allamah Mufti Brunei, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama, Haji  Ismail bin Umar Abdul Aziz dalam kumpulan fatwanya bilangan 30 menceritakan beberapa peristiwa TANDA TANDA KIAMAT, di antaranya :
1. Lahir binatang berekor yang menerangi pihak timur - kemungkinan Komet Helly
2. Qur'an diangkat daripada dada (tidak ada orang menghafal Quran),  Quran dilagu - lagukan dan  dipertandingkantetapi tidak dilaksanakan pengajarannya. Al-Quran ditulis cantik dan dijadikan  hiasan dinding.
3. Banyak orang berhutang di bank dengan menggunakan riba'
4. Kemelesetan ekonomi. Perniagaan rugi.
5. Cukai ditinggikan.
6. Banyak berlaku homoseks dan lesbian.
7. Timbul penyakit ganjil timbul dari hubungan seks haram seperti Siplis,  Aids da lain - lain.
8. Orang perempuan tidak mahu beranak banyak dan merekamengguna alat  perancang keluarga.
9. Orang Islam kutuk mengutuk sesama Islam.
10. Masjid dibina indah dan mahal - mahal tetapi tidak banyak ahli  jema'ah  dan tidak dijadikan sebagai pusat gerakanIslam.
11. Perempuan mengatasi lelaki dari segi jumlah, peranan,menguasai  rumah  tangga (Queen Control), menguasai jawatan dan lain-lain lagi.
12. Banyak berlaku gempa bumi.
13. Banyak berlaku peperangan di serata ceruk muka bumi.
14. Lahir kumpulan penyanyi macam orang gila (rock), kumpulan punk dan  lain - lain.
15. Banyak berlaku rasuah.
16. Lahir kumpulan mengkritik Hadis Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi  Wasallam.
17. Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.
18. Hubungan keluarga pecah belah (anak durhaka ibu bapa,isteri tidak  taat  suami, suami menganiaya isteri di jadikan pelacur dan sebagainya )
19. Pembunuhan secara aniaya berlaku secara terang - terangan tanpa  pembelaan seperti di kem tahanan Sabra danSyatila; dan di Bosnia)
20. Salam cuma diucapkan kepada orang yang dikenali sahaja.


Peristiwa - peristiwa di atas ialah tanda - tanda pertengahan menjelang   tanda - tanda Kiamat yang besar (Kiamat Kubra). Tanda - tanda Kiamat Kubra diriwayatkan lagi bahawa berlaku beberapa  peristiwa iaitu:
1. Sembahyang ditinggalkan.
2. Banyak bangunan  tinggi mencakar langit.
3. Orang jahat jadi pemimpin.
4. Tidak amanah dan zalim.
5. Penzinaan berleluasa dan dijadikan sumber hidup.
6. Perkara haram dihalalkan.
7. Umat Islam banyak yang tersesat dan terkeluar dariaqudah Ahlussunnah Waljama'ah.
8. Ulama' menjual agama kerana kepentingan dunia.
9. Orang khianat diberi amanah dan orang amanah diketepikan.
10. Alat muzik yang haram dimainkan oleh orang Islam.
11. Arak jadi minuman seharian (rasmi).